Laman Mini
 
DOA-DOA UNTUK KESEJAHTERAAN
 
Doa untuk mendapat pasangan dan keturunan yang baik

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا
وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Qs. Al-Furqan [25] : 74)
 
Doa untuk menyatukan cinta
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبِّي فِى حُبِّهَا
وَحُبَّهَا فِى حُبِّي وَاجْمَعْ
... حُبَّنَا فِي حُبِّكَ
وَعَلىَ مَحَبَّتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah! Jadikan cinta ku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku
dan satukan cinta kami dalam mencintai-Mu dan diatas kecintaan-Mu
Wahai Tuhan Maha Penyayang daripada yg menyayangi
 
 
Doa memohon mendapat keturunan yang baik-baik
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً
إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Doa Nabi Zakaria a.s.
Surah Ali-Imran:38
 
 
Doa memohon menjadi orang yang soleh
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ
وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْتَعِيْنُكَ
وَاَسْأَلُكَ اَنْ تَجْعَلَنِى مِنْ عِبَادِكَ الصَّلِحِيْنَ
Ya Allah, Salawat keatas Nabi s.a.w. dan salam ke atas sahabat sekeliannya
Ya Allah, aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang soleh.
 
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah
dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh.”
(Qs. Asy-Syu`ara [26] : 83)
 
Doa memohon kebaikan
اَللَّهُمَّ وَفِّقْنِى لِطَاعَتِكَ وَاتِّبَاعِ رَسُولِكَ
وَالْبِرّ بِوَالِدَىّ وَحُسْنِ التَّلَقِّى مِنْ مَشَائِخِى
Ya Allah, bantulah aku mentaatiMu ,dan mengikut RasulMu, dan berbuat kebaikan kepada
kedua ayah dan ibuku, dan berbaik-baik kepada guruku
yang membimbingku sampai kepadaMu
 
 
Doa menetapkan pendirian
اَللَّهُمَّ اَجْعَلْنِى مِنَ الْحُكَمَاءِ الْمُزَوِّدِيْنَ
 بِالْعِلْمِ مَعَ الإسْتِقَامَةِ
فِى عِبَادَتِكَ
وَحُسْنِ شُكْرِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah, jadkanlah aku hambamu yang bijaksana yang diberkati olehmu
ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam pengabdian padaMu
dengan penuh rasa syukur atas segala nikmatMu
wahai Tuhan yang amat Belas kasih dan Penyayang
 
 
Hak Cipta Terpelihara © 2006 Muhammad Khairi