Laman Mini
 
Doa berlindung daripada kejahatan jin dan kejahatan yang tidak nampak
أَعُوْذُ بِوَجْهِ الله الْكَرِيْمِ
وَبِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِى.
لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرُّ
وَلاَ فَاجِرًٌ مِنْ شَرِّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
وَمِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِهَا،
وَمِنْ شَرِّمَا ذَ رَأَفِى الأَرْضِ،
وَمِنْ شَرِّمَا يَخْرُجُ مِنْهَا
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ
وَالنّهَاَرِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ يَارَحْمَنُ
Aku berlindung dengan wajah (zat) Allah yang Maha Mulia
dan dengan kalimat Allah (Al Quranul Karim) yang sempurna
yang tidak melampaui kebaikan orang yang soleh dan tidak orang yang fasiq
daripada kejahatan barang yang turun daripada langit daripada bala
dan kejahatan yang naik kepadanya daripada segala maksiat
yang membawa kepada kemurkaan Allah
dan daripada kejahatan bala yang ada dibumi
iaitu segala perkara yang menyakiti
dan daripada kejahatan yang keluar dari bumi
seperti ular dan kala dan sebahagian binatang yang bisa
dan daripada fitnah malam dan siang
dan daripada kejahatan orang yang datang
mengetuk-ketuk pintu di waktu malam dan siang
melainkan orang yang datang mengetuk kerana tujuan kebaikan
wahai Tuhan yang bersifat Rahman
 
Doa yang diajar Jibril kepada Nabi s.a.w.
 
 
Doa Mohon dipelihara kerhormatan
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
 وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu,
 dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku,
maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim
 Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722; Sunan Al-Baihaqi, 5/97;
 Musnad Ahmad, 2/403; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30; Sohih
 
 
Doa Perlindungan dari Ganguan ketika tidur
 
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضـــَبـِـهِ
وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ  
Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha sempurna dari kemarahan dan balasanNya, dari kejahatan hambaNya, dari bisikan-bisikan syaitan dan (semua itu) jangan hadir kepadaku.

Riwayat Abu Daud dan juga dalam sohih Tirmizi.  
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara © 2006
Muhammad Khairi