DOA-DOA BERDAKWAH

 
 
Doa ketika Nabi s.a.w. berdakwah ke Taif
اللهم إليك أشكو ضعف قوتي ، وقلة حيلتي ، وهواني على الناس . يا أرحم الراحمين ، أنت رب المستضعفين ، وأنت ربي إلى من تكلني إلى بعيد يتجهمني ، أم إلى عدو ملكته أمري . إن لم يكن بك غضب علي فلا أبالي ، غير أن عافيتك هي أوسع لي .أعوذ بنور وجهك ألذي أشرقت له الظلمات ، وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة، من أن تنزل بي غضبك أو يحل على سخطك لك العتبى حتى ترضى ، ولا حول ولا قوة إلا بك.
"Ya Allah, kepadaMu ku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya Arhamarrahimin, Engkaulah Tuhan orang yang ditindas, Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. Kepada orang asing yang akan menyerang aku ataukah kepada musuh yang menguasai aku. Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli. Namun afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu segala urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku, KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan petunjukMu."
 
 
 
 
 
 
اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون
"Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
 
 
 
 
 
بل أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله وحده لا يشرك به شيأ
"Bahkan aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari sulbi-sulbi mereka orang yang menyembah Allah dengan KeesaanNya, tidak menyekutukanNya dengan sesuatu” .
 
 
 
Kisah dakwah di Taif. Kisah ini berlaku setelah penduduk Makkah kebanyakkan masih tidak mahu menerima dakwah kebenaran yang dibawanya. Baginda dan anak angkatnya Zaid bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada penduduk di sana. Namun penduduk Taif juga enggan menerima dakwah baginda. Mereka bukan sahaja menolak dakwah Rasulullah malah mereka memberikan tentangan yang lebih hebat kepada baginda. Penduduk Taif telah mengusir baginda sambil terus mengejar dan melontar batu kepada baginda .
 
 
 
 
 
 
 

Asal

Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006